Boleh juga guna cara yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Baginda bersabda, untuk sesiapa yang menghadapi penyakit Buasir, maka sapukan Minyak Zaitun/ Olive Oil bersama Inai dipermukaan buasir itu. Sambil itu amalkan memakan minyak Zaitun. Insyallah sembuh
KAEDAH DIET PEMAKANAN
Pemakanan Sumber Asli
1. Jus Lobak dan bayam - mampu membuang toksid pekat dalam aliran darah. 1-2 pain sehari. 6 oz bayam campur 10oz lobak.
2. Jus Celery - Mengandungi sulfur organik, besi kalsium. Boleh dicampur separuh dengan jus lobak, 2 pain sehari.
3. Batang-batang sayur - Dimasak sup air.
Elakkan dari makan:
Tepung Kanji, gula (roti, kuih manis), lada sulah dan makanan pedas.
Pemakanan Tambahan yang digalakkan
Daily, Protein, Fibre, Bio C, Garlic & Licorice, Passionflower & Chamomile.
Cara Pengambilan:
Daily: 1 tablet (pagi)
Protein: 1 tablet (pagi)
Fibre: 2 tablet (pagi) 4 tablet (tengahari) 2 (malam)
Bio C: 2 tablet (pagi) 2 (tengahari) 2 (malam)
Garlic & Licorice: 1 (pagi) 1 tablet (tengahari) 1 (malam)
Passionflower & Chamomile: 1 (pagi)
Sekiranya buasir terkeluar, ambil air batu di isi dalam baldi dan dibuat duduk diatasnya dalam masa 5 minit buasirnya akan pulih
Sumber
i) Penyembuhan Semulajadi Melalui Pemakanan Sumber Asli dan Pemakanan Tambahan..oleh Mohamed Farid A.Rahman N.D M.I.I.R
ii) Nutrition Almanac oleh Lavon J. Dunn
PETUA KULIT MANGGIS
Jangan buang kulit manggis. Basuh kulit manggis dan jemur hingga kering. Rebuskan dengan 5 cawan air sehingga menjadi 1 cawan. Minum air rebusan tersebut setelah suam. Amalkan selalu.
PETUA RAWATAN DENGAN MANJAKANI
1. 500g Majakani diblend (kisar kering) buat macam bedak sejuk dan di tampal di bahagian buasir.
2. 500g lagi masukkan kedalam nasi yg hampir tanak (kira macam kukus majakani) dan makan , sehari satu biji
Punca
Buasir terjadi kerana kelemahan pada dinding salur darah dan kelemahan pada injap-injap pada salur darah vena.
Faktor Risiko
Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir jika anda :-
v Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir
v Mengandung
v Mengalami batuk yang melampau dan berpanjangan
v Meneran semasa membuang air besar. Ini merupakan sebab paling biasa untuk mendapat
buasir.
Tanda-tanda dan Gejala-gejala
v Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur.
v Perasaan gatal atau pedih di sekitar dubur.
v Pendarahan, darah yang segar terutamanya selepas atau semasa membuang air besar.
v Sakit
Rawatan
v Pelali tempatan untuk melegakan sakit buat sementara.
v Pelincir disapu pada kawasan dubur.
v Pengecut salur darah ? ubat-ubat yang mengakibatkan pengecutan salur-salur darah,
terutamanya buasir yang telah membengkak.
v Astringen ? menggumpalkan protein pada kulit dan oleh itu menghasilkan satu tisu
perlindungan di atas tisu-tisu di bawahnya.
v Bagi buasir yang tergelincir keluar (iaitu buasir menjulur keluar dari dubur), rawatan adalah
biasanya melalui pembedahan.
Jika Anda Ada Buasir
v Gunakan ubat yang disyorkan oleh doktor anda.
v Jika anda ada buasir dalaman, gunakan suppositori.
v Elakkan sembelit dengan mengambil makanan yang kaya dalam serat seperti sayur-
sayuran
v dan buah-buahan.
v Minum banyak air.
v Gunakan laksatif yang sederhana, apabila dinasihat oleh doktor anda.
v Bersenam selalu untuk mengelak dari terjadinya sembelit.
Kebersihan Peribadi
v Bersihkan kawasan dubur selepas membuang air besar.
v Cuci dengan memancurkan air suam.
v Jangan gunakan sabun bagi tujuan pembersihan kerana ia akan menyakitkan membran
mukus yang lembut.
v Tolak masuk buasir yang menjulur keluar dengan lembutnya ke dalam rektum.
v Ambil mandian sitz? (yang melegakan ketidakselesaan dan kesakitan) menggunakan air
garam (saline).
Bila Harus Berjumpa Dengan Doktor
v Jika anda mengalami buasir melebihi 3 bulan.
v Pendarahan yang teruk dan berterusan.
v Sakit yang teruk dan tajam semasa membuang air besar (boleh menunjukkan kehadiran
kekoyakkkan atau fisur dubur)
v Buasir yang menjulur keluar dan tidak boleh ditolak masuk.
v Pelelehan najis atau lendir
PENCEGAHAN
Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut:
Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.
Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan
RAWATAN Terlebih dahulu anda perlu mengenalpasti penyebabnya, kemudian jauhkan diri anda darinya. Tiada gunanya anda merawat buasir tersebut kemudiannya anda meneruskan semula amalan yang boleh mencetuskan semula keadaan ini. Apabila anda telah bertekad untuk menghapuskan faktor-faktor pencetus buasir, maka barulah anda boleh merawatnya. Terdapat dua matlamat untuk merawat buasir. Pertamanya menghentikan gejala atau simptom (sakit, pedih dan gatal). Keduanya ialah mengecutkan buasir tersebut. Mandian Sitz (rendamkan bahagian rektum ke dalam air suam) untuk selama 15-20 minit, 3 hingga 4 kali sehari. Rawatan ini sangat mudah dan berkesan untuk mencapai kedua-dua matlamat di atas. Anda boleh membeli ubat krim buasir dan supositori untuk menghilangkan gangguan dan kesakitan tetapi ianya tidak boleh mengecutkan buasir. Untuk mengecutkan buasir kepada saiz asalnya, pengubatan semasa adalah berguna. Cucikan seluruh bahagian rektum dengan air suam setiap kali anda membuang air besar dan gunakan julap serat pukal (bulk fibre laxative) untuk melembutkan najis. Ini boleh mengelak anda dari meneran semasa membuang air besar. Kebanyakan orang mengambil ubat tambahan serat pukal ini setiap hari untuk mengelak dari buasir. Tetapi perlu diingat bahawa serat pukal ini mengambil masa beberapa hari untuk memberi kesan. Jika anda sedang menghidapi buasir dan membuang najis yang keras anda mungkin memerlukan ubat atau julap yang dapat melembutkan segera najis anda untuk mengelakkan anda dari meneran yang boleh memburukkan lagi buasir anda. Bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konsevatif, rawatan yang standard boleh dijalankan iaitu mengikat dengan lingkaran getah (rubber band ligation). Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir tersebut. Dalam masa 7 hingga 10 hari buasir tersebut akan tertanggal keluar. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman sahaja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan. Tetapi anda mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan untuk beberapa hari. Koagulasi Inframerah - sinaran inframerah dipancarkan selama satu atau dua saat untuk menghentikan bekalan darah ke buasir. Anda mungkin terasa bahang panas ketika prosedur ini dilakukan dan terdapat sedikit pendarahan berlaku dalam beberapa hari selepas itu. Prosedur ini sama juga seperti ikatan lingkaran getah, dilakukan hanya untuk buasir dalaman. Tetapi ianya lebih cepat dan kurang menyebabkan jangkitan. Elektrokoagulasi bipolar - Prosedur ini dikenali juga dengan nama Bicap, adalah sama seperti prosedur Koagulasi Inframerah dan ia mempunyai kebaikan dan keburukan yang sama. Terapi laser - pancaran laser akan mengewapkan tisu buasir. Tetapi prosedur ini didapati lebih mahal dan tidak menunjukkan sebarang kelebihannya dari prosuder-prosedur lain. Ianya perlu dijalankan dengan berhati-hati dari segi kedalaman dan lokasinya bagi mengelakkan pendarahan dan kesakitan kepada pesakit. Pembedahan biasanya dilakukan sebagai langkah terakhir apabila kedua-dua jenis buasir tersebut menjadi semakin teruk dan rawatan-rawatan lain tidak berjaya menyembuhkannya. Kaedah ini didapati berkesan tetapi pesakit terpaksa tinggal di dalam hospital sehari dua dan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh berbanding dengan pendekatan-pendekatan lain. |
Buasir jadi serius kerana malu
JIKA anda seorang yang memiliki tabiat suka membaca semasa di tandas sambil membuang air besar, anda harus teruskan membaca artikel ini.
Tabiat itu, kata Profesor Dr. Yunus Gul Alif Gul, besar
kemungkinan akan menyebabkan anda mengalami hemor-hoid, atau lebih dikenali sebagai buasir.
"Sebahagian besar pesakityang mengalami masalah ini, bila ditanya mengakui bahawa mereka memang mempunyai tabiat membaca semasa di tandas. Saya harap tabiat berba-haya itu dihentikan kerana ia memaksa otot meregang dan mengecut berselang-seli tanpa sedar, yang menambah risiko hemorhoid prolaps," ujar Ketua Jabatan Pembedahan Am, Universiti Putra Malaysia itu dalam sesi taklimat mengenai penyakit buasir di sini baru-baru ini.
Hemorhoid, atau buasir, terjadi apabila pelapik-pelapik tisu (yang bertindak sebagai pemampat saluran anus) mem-bengkak di saluran anus. Masalah ini sering berlaku, bahkan dianggarkan 25 peratus orang dewasa di negara ini meng-alaminya. Lazimnya ia lebih tinggi di kalangan lelaki, tetapi keadaannya lebih buruk pada wanita yang mengalaminya semasa hamil.
Banyak pesakit mendiamkan masalah ini kerana malu. Mereka sanggup menanggung kesakitan dan ketidaksele-saan, bahkan mencuba pelbagai jenis rawatan tradisional terlebih dahulu, sebelum berjumpa dengan doktor untuk dibuat pemeriksaan.
Antara tanda-tanda biasa buasir ialah pendarahan, gatal, rasa panas, pengeluaran lendir dan kadangkala sakit. Ada juga pesakit yang mengalami hemorhoid tetapi tidak mem-pamerkan sebarang simptom masalah itu.
"Simptom buasir yang paling biasa ialah pendarahan rektum. Banyak pesakityang mengalami simptom itu meng-anggap ia disebabkan oleh buasir, tetapi ada banyak punca yang menyebabkan pendarahan rektum.
"Pendarahan rektum bukan perkara biasa, oleh itu amat penting bagi orang yang mempunyai masalah ini menjalani pemeriksaan doktor bagi memastikan ia bukan disebabkan oleh penyakit yang lebih serius seperti kanser rektum atau kolon," jelasnya.
Tambah beliau, kanser kolorektum yang dikesan pada peringkat awal boleh dirawat dan disembuh-kan. Menerusi rawatan endoskopi, tumor yang dikesan pada saluran ini dapat dibuang tanpa perlu me-lakukan pembedahan utama. Jika dibiarkan, hampir pasti tumor itu akan merebak dan menjadi kanser.
Ada yang mengatakan hemorhoid boleh diwarisi, namun kata Prof. Yunus, tiada bukti sehing-ga kini yang menyokong pernyataan itu. Sebaliknya, ia mungkin dihadapi oleh beberapa ahli dalam kelu-
arga yang sama disebabkan oleh faktor amalan pemakanan, bukan faktor genetik.
Sebenarnya masalah hemorhoid boleh dihalang dan gejalanya dikawal jika pesakit menanganinya dengan baik di peringkat awal. Pada peringkat ini, rawatannya boleh dibuat menerusi penjagaan diri dan perubahan gaya hidup. Namun jika dibiarkan berpanjangan, hemorhoid boleh menjadi semakin teruk sehingga memerlukan pembedahan.
Bagi mereka yang pernah melakukan pembedahan hemorhoid, pastinya mereka tidak mahu mengulangi prose-dur itu. "Seorang pesakit pernah menggambarkan kesakitan yang dialaminya selepas pembedahan tersebut seumpama 'membuang serpihan kaca menerusi duburnya'," cerita Prof. Yunus. "Ini kerana prosedur pembedahan tradisional meli-batkan pembuangan tisu yang meninggalkan kesan luka pada bahagian kusyen anus, sedangkan tempat itu meru-pakan tempat saraf berkumpul."
Berita baik bagi pesakit hemorhoid ialah prosedur baru pembedahan tersebut yang dipanggil 'Stapled Hemorhoi-dectomy' (hemorhoidektomi stapled) 100 yang telah diper-kenalkan di negara ini sejak dua tahun lalu. Kaedah ini ter-bukti berkesan dan mengurangkan penderitaan pesakit selepas pembedahan. Mengikut prosedur tradisional, pesakit mungkin mengambil masa berminggu-minggu atau berbu-lan-bulan untuk kembali bekerja, prosedur baru ini membo-lehkan seseorang kembali bekerja selepas seminggu sahaja.
"Akan tetapi, tidak semua kes hemorhoid boleh dirawat menerusi kaedah hemorhoidektomi stapled, la bergantung kepada keseriusan masalah serta keadaan buasir itu... doktor biasanya menggunakan rawatan paling kurang invasif yang tidak memerlukan pembedahan atau penggunaan ubat bius (anestetik)."
Hemorhoidektomi stapled, juga dipanggil 'anal facelift', disarankan bagi hemorhoid tahap tiga dan empat (prolaps hemorhoid) tanpa lebihan kulit atau hemorhoid luaran.
"Prosedur ini memakan masa antara 10-30 minit, bergantung kepada keadaan pesakit dan kemahiran pakar yang melakukan prosedur itu. Prosedur tradisional memakan masa antara 30-45 minit. Hemorhoidektomi stapled boleh dilakukan sebagai prosedur sehari, tapi di sini, biasanya pesakit bermalam kerana tanggapan mereka mengenai sakit berbeza-beza."
Dalam prosedur ini, peralatan stapler yang terdiri daripada empat komponen utama - stapler hemorhoid berbentuk bulat, alat jahitan, dilator anal dan anoskop - akan dimasukkan ke dalam dubur pesakit. Seterusnya satu gegelang tisu akan dikeluarkan dari usus pesakit dan usus yang tertinggal dijahit di seke-lilingnya untuk 'mengangkat' hemorhoid yang terjatuh.
"Kaedah ini menjadi pilihan ramai pesakit kerana kurang sakit selepas pem-bedahan. Namun ada sebilangan yang menganggap kos peralatan stapler (berharga kira-kira RM 1,400) sebagai penghalang kerana ia alat pakai buang (digunakan untuk sekali sahaja).
"Adalah lebih baik pesakit diberitahu akan pilihan prosedur pembedahan dengan menjelaskan kebaikan dan keburukan setiap kaedah itu," katanya.
o Punca hemorhoid
sembelit
meneran terlalu kuat semasa membuang air.
jenis pekerjaan yang memerlukan seseorang duduk atau berdiri
terlalu lama.
kegemukan/obesiti
kehamilan dan kelahiran anak
o Punca utama dan biasa pendarahan rektum
hemorhoid
koyakan pada lapisan anus (anal fissure)
radang pada lapisan dalam rektum (proctitis)
penyakit diverticular (pembentukan poket/ kantung pada dinding kolon
yang lemah).
karang rektum atau kolon dan kanser kolorektum
polip
o Jenis hemorhoid
Secara amnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu hemorhoid dalaman dan luaran, dan pesakit boleh menghadapi kedua-duanya sekali.
a. Hemorhoid dalaman - ia tidak boleh dilihat atau dirasa. Regangan atau radang akibat membuang air besar boleh mencederakan permukaan yang lem-but dan menyebabkan ia berdarah. Meneran dengan kerap semasa membuang najis membuatkan hemorhoid dalaman ini mungkin tertolak keluar (prolaps) dan menyebabkan kesakitan berterusan. Bila berlaku rengsa, ia akan terasa gatal ataupun berdarah. Ada empat tahap hemorhoid dalaman:
Tahap pertama: Berlaku pendarahan bila membuang najis, tetapi tidak menyebabkan prolaps.
Tahap kedua: Berlaku prolaps atau terbersil apabila membuang najis tetapi kembali kepada kedudukan asal selepas meneran.
Tahap ketiga: Hemorhoid terbersil kesan tindakan meneran dan kelihatan bila pemeriksaan anus dijalankan. Ketika membuang najis, pesakit perlu mem-bantu menurunkannya secara manual.
Tahap keempat: Hemorhoid tidak dapat dikembalikan pada kedudukan asal;
ia kekal prolaps. Keadaan ini mendatangkan risiko trombosis atau berlakunya pembentukan darah beku pada saluran vaskular.
b. Hemorhoid luaran - boleh dirasa dan dilihat kerana kedudukannya di luar anus serta dianggap sambungan pada bahagian dalaman apabila keadaan-nya berlanjutan. la boleh menyebabkan bengkak atau pengumpulan darah dalam pembuluh yang menyebabkan rasa sakit kesan berlaku pensarafan pada kulit; juga menyebabkan berlakunya ulser yang membawa pendarahan. Bila ini berlaku, masalah trombosis berakhir tetapi lebihan kulit tertinggal akan menyebabkan rasa gatal, panas dan tidak menyenangkan.
o Cara mengelakkannya:
Jangan meneran terlalu kuat semasa membuang air besar Amalkan pemakanan berserat tinggi untuk mengelak sembelit Minum banyak air Kawal berat badan anda.
KAEDAH RAWATAN
1. Rawatan bukan invasif
a. Tahap satu: Krim atau minyak urut yang mengandungi sedikit bahan anestetik, agen pelega atau steroid. Gejala ini dapat dihilangkan dengan gabungan perubahan amalan pemakanan, pembuangan najis yang teratur serta mandian air panas setiap hari.
b. Tahap dua: Daflon, sejenis dadah daripada ekstrak sejenis kulit limau, dapat melindungi dan memperkukuh saluran darah di sekitar tisu hemorhoid dan mengurangkan pengembungan urat darah.
2. Prosedur lain:
Rubber band litigation - gelungan getah halus (biasanya satu atau dua) diikat di sekeliling dasar hemorhoid dalaman bagi menyekat peredaran darah. Dalam tempoh 7-10 hari, hemorhoid itu tanggal tanpa rasa sakit. Prosedur ringkas dan tidak menya-kitkan ini dilakukan untuk pesakit luar dan sangat berkesan bagi hemorhoid tahap kedua.
Sclerotherapy - sejenis cecair kimia disuntik di sekeliling salur darah bagi mengempiskan hemorhoid. Prosedur ini jarang dilakukan di Malaysia dan Amerika Utara, tapi popular di United Kingdom.
Pembedahan (surgeri) - jika prosedur lain kurang berjaya dan hemorhoid itu besar, hemorhoidektomi perlu dilakukan. Pemilihan teknik pembedahan bergantung kepada pengalaman peribadi dan latihan teknikal pakar bedah. Hanya teknik yang dilaksana-kan dengan mahir dapat memberikan hasil yang memuaskan.
Pembedahan pemotongan (Exci-sional surgery) - pembedahan ini menyakitkan kerana ia melibatkan pembuangan di bahagian bawah saluran dubur dan kulit, yang kaya dengan pensarafan urat saraf. Bahagian yang luka akan menyebabkan rasa amat sakit dalam tempoh pemulihan.
Hemorhoidektomi stapled - tidak membabitkan pembedahan pada bahagian saluran dubur atau kulit yang sensitif. Tisu hemorhoid dan mukosa rektum diikat dan dipotong pada bahagian atas salur dubur yang sensitif tanpa meninggalkan kesan luka yang besar, lalu kurang rasa sakit pada pesakit.
Petikan: Majalah Wanita Disember 2003
Rawatan buasir
Penjagaan sendiri di Rumah
Rawatan simptomatik untuk buasir boleh dilakukan di rumah.
Panas Sitz Baths
Duduk dalam beberapa inci air suam tiga kali sehari selama 15-20 minit boleh membantu mengurangkan keradangan buasir.
Ia adalah penting untuk kering di luar kawasan dubur sepenuhnya selepas setiap Sitz mandi untuk mengurangkan kerengsaan kulit sekitar dubur.
Perubahan diet
Peningkatan pengambilan cecair dan serat diet (pelawas) akan mengurangkan potensi untuk sembelit dan mengurangkan tekanan pada rektum dan dubur semasa pergerakan usus, mengurangkan bengkak, ketidakselesaan, dan pendarahan. Serat tambahan juga boleh membantu pukal sehingga najis
najis pelembut
Pelembut najis boleh membantu tetapi sekali buasir hadir, najis cecair boleh menyebabkan keradangan dan jangkitan dubur. Pengamal penjagaan kesihatan anda dan ahli farmasi adalah sumber yang baik untuk membincangkan penggunaan mereka.
aktiviti Cadangan
Individu dengan buasir tidak perlu duduk untuk jangka masa yang lama dan mungkin mendapat manfaat daripada duduk di atas udara atau getah donat boleh didapati di farmasi tempatan.
Senaman adalah membantu dalam melegakan sembelit dan mengurangkan tekanan ke atas vena hemoroid. Individu perlu digalakkan untuk mempunyai pergerakan usus secepat mungkin selepas menggesa timbul. Sebaik sahaja yang menggesa pas, najis boleh menjadi sembelit dan meneran dengan pergerakan usus boleh berlaku.
Ubat Over-the-Counter
Banyak krim, salap, dan suppositories boleh didapati untuk melegakan gejala dan boleh digunakan untuk keselesaan. Walau bagaimanapun, mereka tidak "mengubati" buasir. Selalunya ia mengandungi ubat numbing atau kortikosteroid untuk mengurangkan keradangan dan bengkak.
Buah tin sangat bermanfaat kepada pesakit buasir, dimana ia dapat membantu mengurangkan bengkak pada buasir dan seterusnya mengecutkannya. Buah tin juga membantu melawaskan kencing dan merawat sakit-sakit badan.
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
Kandungan nutrisi terkandung dalam buah tin kering adalah seperti berikut: Protin 4.3gm; Lemak 1.3gm; Mineral 2.4gm; Serat 5.6gm; Karbohidrat 63.4gm; Tenaga 274 kcal; Kalsium 126mg; Forforus 77mg; Zat besi 3mg; Vitamin C 1mg.Terdapat 2 jenis buah tin iaitu jenis kering dan jenis basah (segar) iaitu lebih kurang 23%. Buah tin yang kering didapati membekalkan 6 kali lebih kalori daripada jenis basah (segar). Pengeringan buah tin telah mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya dimana ianya menjadi lebih kaya dengan protin, lemak, karbohidrat. vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah.
No comments:
Post a Comment